Kejohanan antarabangsa Bola_sepak

Pertandingan antarabangsa terbesar dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang dianjurkan oleh FIFA. Seperti yang diketahui, Piala Dunia FIFA diadakan sekali setiap empat tahun dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Lebih daripada 200 negara berlumba-lumba di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat Ahad dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, dengan kemenenangan terkemudian dalam tahun 2002.

Pertandingan antarabangsa tertua dalam arena bola sepak ialah Copa América yang dianjurkan oleh CONCACAF. Seperti yang diketahui, Copa América diadakan sekali setiap dua tahun dan bermula di Argentina pada 1916.

==Bola sepak di Malaysia==pahhttp://baidu.start.fyi/search?ie=utf-8&source=molabrowsergsc.q=Manchester+arena+attackang

Rencana utama: Bola sepak di Malaysia

Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dengan pimpinan Andrew Caldecott, gabenor Hong Kong dari 1935 hingga 1937. Sejak detik itu, aktiviti bola sepak semakin kerap digerakkan oleh FAM dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak di dataran tempat Piala HMS Malaya (kini Piala Malaysia) dianjurkan. Sebagai bentuk sokongan terhadap kebangkitan "Bola Sepak Kebangsaan", maka Stadium Nasional Bukit Jalil akhirnya dibangun pada tahun 1993 sehingga 1998 dan dibuka pada tahun 1998 sempena Sukan Komanwel 1998 yang memperhebat perkembangan dunia bola sepak di Malaysia.

20 tahun selepas Andrew Caldecott meninggal dunia pada 1951, banyak pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang mewakili Malaysia dalam kejohanan antarabangsa. Mereka ialah Mokhtar Dahari (pemain terbaik di Asia, bola emas AFC), Hassan Sani, Isa Bakar, dan James Wong.

Kejohanan kebangsaan

Format Liga

Rencana utama: Liga Malaysia

Format Piala